Wednesday, 19 September 2012




Klip video ini saya ambil di laman youtube dan merupakan video dari Negara jiran iaitu Thailand. Video ini juga sangat menyayat hati  Saya memilih klip video sepanjang 3:03 saat yang memaparkan seorang bapa tunggal yang susah dan anak perempuannya. Anak perempuan ini merasakan ayahnya tidak sempurna. Hal ini kerana ayahnya seorang yang bisu dan pekak. Anak perempuaanya mahu seorang ayah yang tidak bisu dan pekak. Disamping itu dia juga mahukan ayah yang sama seperti sahabatnya yang lain dan seorang ayah yang mendengar harapan dan masalahnya. Dia juga mahukan seorang ayah yang boleh bercakap dan memahaminya. Selain itu, dia sering diejek oleh kawan-kawanya di sekolah di sekolahnya. Kerana tidak dapat mengawal perasaan marah, dia bergaduh dengan rakanya di sekolah. Hal ini juga membuatkan dia tertekan.
Pada suatu hari dia pulang lambat ke rumah dan dimarahi oleh bapanya. Kejadian ini membuatkan anak perempuan ini bertindak keras, dia tidak hadir ke sekolah dan menyendiri. Ayahnya berasa amat sedih atas tindakan anaknya itu. Pada hari lahir anaknya bapa tunggal ini sanggup mengeluarkan wang untuk membeli kek sebagai hadiah. Ketika menunggu anaknya di meja makan, ayahnya mendengar yang bunyi yang kuat dari bilik anaknya lantas ayahnya bergegas melihat anaknya. Ketika membuka pintu ayahnya terkejut melihat anayknya tidak sedarkan diri dan tangan berdarah. Dia mengangkat anaknya lalu berjalan ke hospital.
 Ketika di hospital bapa tadi sangat sedih. Dia menohon doktor dapat menyelamatkan anaknya. Walaupun seorang yang susah, dia sanggup menawarkan rumahnya dan segala simpanannya. Dia juga menggesa doktor untuk mengambil darahnya. Ayahnya mahu berkata kepada anaknya bahawa ayah mintak maaf kerana dilahirkan dalam  keadaan pekak dan bisu, ayahnya juga tidak boleh bercakap seperti ayah yang lain tetapi ayahnya sanagt sayang kepada anak perempuannya itu. Doktor bersetuju dengan permintaan bapa tunggal tersebut dan memindahkan darah kepada anak perempuannya. Setelah perpindahan darah itu berhasil, anak perempuanya telah sedar. Namun bapanya masih tidak sedarkan diri. Dia berasa sangat menyesal atas perbuatanya. Setelah itu baru anaknya sedar bahawa tiada bapa yang sempurna, tetapi setiap ayah akan  menyangi anaknya.

Wednesday, 5 September 2012



MENANGANI SIFAT MARAH
Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita. Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya. Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).

Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.


Pengalaman marah
Pengalaman marah yang saya pernah lalui ketika berada di sebuah hospital. Masa tu saya pergi hospital hendak melawat ayah sedara yang sedang sakit. Masa kat dalam wad tu keadaan macam biasa sahaja semua orang diam, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Apabila berada di wad pengunjung sering diingatkan untuk tidak membuat bising. Hal ini kerana untuk menjaga ketenteraman para pesakit lain. Tiba-tiba saya dengar ada suara seorang lelaki meninggikan suaranya kepada seorang doktor. Pelbagai kata-kata kasar dan kesat yang dilemparkan kepada doktor tersebut. Orang lain yang berada di sekitar itu semua terkejut dengan tindakan lelaki itu, Tindakan lelaki itu memaksa pengawal menariknya untuk keluar. Pada masa keadaan masih dalam keadaan terkawal kerana pengawal bertindak pantas menarik lelaki tadi keluar. Selepas pada itu saya memberanikan diri untuk mendekati doktor yang dimarahi lelaki tadi, pada mulanya saya tidak berani untuk bertanya kepada doktor berkenaan, Apabila ditanya doktor tersebut berkata lelaki tadi bertindak berkenaan kerana dia tidak dapat menerima anak kesayanganya menderita kesakitan kerana doktor terbabit tersalah memberi ubat bius. Daripada kejadian ini saya telah mempelajari dua perkara iaitu bagaimana untuk mengahadapi situasi seperti ini dan mempelajari untuk mengawal perasaaan marah. Sebagai seorang bakal guru kawalan emosi sangat penting bagi mengelakan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Pada masa kini banyak berita yang kita dengar mengenai tindakan guru yang luar dari jangkaan. Jadi kecerdasan emosi ini sangat penting bagi guru tetapi kepada setiap manusia.


Model Kompetensi Emosi
     Goleman (1997) EIC ialah kemampuan memotivasi diri, membina ketahanan dalaman sehingga mampu mengatur jiwa dan kepuasan diri semasa menghadapi cabaran dalam hidup seharian. Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ.
     Kecerdasan emosi dibahagikan oleh Goleman kepada lima komponen utama, iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompentensi sosial. Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, mengenal emosi orang lian dan membina hubungan. Komponen pertama adalah mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosinya pada waktu itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional, mempunyai penilaian yang realistik serta mempunyai keyakinan diri sendiri yang kukuh. Terdapat tiga subkompetensi bagi komponen pertama ini, iaitu kesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiri dan keyakinan kendiri.
     Komponen yang kedua ialah kebolehan mengatur emosi serta keupayaan menangani kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal. Lima subkompetensi yang dikenalpasti ialah kawalan diri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi. Menurut Goleman, orang yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dengan dapat menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebih berhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa peraturan emosi diri sendiri yang baik dapat membantu seseorang mengawal perasaan kebimbangan, kemarahan dan dorongan dari melakukan tingkah laku yang tersasar. Ia juga berkeupayaan mengembalikan emosi ke arah yang lebih positif setelah berhadapan dengan sesuatu ujian atau halangan. 
Seterusnya, komponen ketiga ialah berkaitan dengan keupayaan untuk menggerakkan dan mendorong diri sendiri untuk bertindak atau disebut sebagai motivasi. Terdapat empat subkompetensi yang berkaitan iaitu dorongan, pencapaian, komitmen, insiatif dan optimisme. Individu yang mempunyai emosi yang cerdas berupaya untuk bertindak, mengambil insiatif dan berusaha ke arah pencapaian matlamat hidup. Kebolehan ini membantu seseorang itu untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih maju dan berupaya bangkit dari kegagalan. Di samping itu, komponen keempat dalam model Goleman ialah empati iaitu keupayaan untuk memahami dan merasai apa yang orang lain rasakan serta dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat. Tambahan pula, kanak-kanak yang berusia dua tahun sudah mula dapat memahami perasaan teman yang sedang menangis. Keupayaan dan kemahiransedemikian boleh membantu seseorang mengenai perbuatan, tutur kata dan perasaan yang akan disusuli kemudian.
    

Komponen kelima ialah kemahiran sosial, iaitu melibatkan pengendalian emosi bagi mewujudkan dan membina hubungan sosial yang baik. Kebolehan ini akan dapat membantu seseorang berinteraksi dengan baik. Selain itu, kebolehan ini juga membolehkan seseorang mempengaruhi dan merundingkan masalah dalam menyelesaikan sesuatu konflik. Kemahiran sosial adalah untuk mengurus perhubungan antara perseorangan melibatkan usaha memahami emosi dan bagaimana untuk menyesuaikannya semasa membina perhubungan dengan orang lian. Subkompetensi yang mewakili kompetensi ini adalah pengaruh, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkin perubahan, menjalin ikatan, bersatu, berkerjasama, dan keupayaan berkumpulan. Tambahan pula, Goleman juga merangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi, iaitu dua kompetensi emosi atau personal dan dua kompetensi sosial. Empat dimensi utama yang dikenalpasti adalah kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Goleman juga percaya model kecerdasan emosi yang diutarakannya merupakan satu model psikologi yang positif kerana ia dapat membantu menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian.

Sunday, 29 July 2012


TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How ard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiving and understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special population). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya.Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.

* KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK

Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain.

* KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK

Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

* KECERDASAN VISUAL-RUANG

Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijakmenghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

* KECERDASAN KINESTETIK

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

* KECERDASAN MUZIK

Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah.

* KECERDASAN INTRAPERSONAL

Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan dir i sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatanmurung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan berwawasan.

* KECERDASAN INTERPERSONAL

Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

* KECERDASAN NATURALIS

Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

Sunday, 1 July 2012


     
MEMELIHARA SUNGAI TERCEMAR
    
       Setiap tahun, penduduk dunia akan menyambut Hari Alam Sekitar pada tarikh 5 Jun. Pilihan tema tahun ini adalah Pelbagai Spesies, Satu Planet, Satu Masa Depan (Many Species, One Planet, One Future). Jika disentuh tentang alam sekitar, pasti tergambar di kotak fikiran kita betapa dunia kini sarat dengan pelbagai jenis masalah dan pencemaran. Selain isu pemanasan global yang tidak henti-henti dibincangkan umum, masalah lain seperti pencemaran sungai, pencabulan hutan, jerebu dan lain-lain turut menjadi perbahasan hangat di merata dunia. Tidak terkecuali, negara kita juga dilanda aneka bentuk pencemaran yang jika tidak diatasi akan membawa padah kepada seluruh generasi. Antara pencemaran yang begitu menjejaskan alam sekitar di kawasan bandar adalah sungai tercemar. Satu ketika dahulu, sungai dikaitkan sebagai nadi kehidupan masyarakat terutama pada zaman awal pembukaan penempatan manusia. Malah, bandar purba dan sebahagian bandar moden hari ini tumbuh dan berkembang di sekitar muara-muara sungai di seluruh dunia. Misalnya, penempatan bandar pertama dunia iaitu Uruk, Erina dan Ur kira-kira 6,000 tahun lalu (4000 SM) di Mesopotamia dan Babylon dibina di lembangan sungai yang subur di Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Manakala banyak bandar-bandar utama di Malaysia hari ini berkembang di kuala-kuala sungai, misalnya Kuala Lumpur, Kuching, Kuantan dan Kuala Terengganu. Fakta itu membuktikan kepentingan sungai sudah menyerlah sejak ribuan tahun lalu sebagai sumber yang membekalkan air bagi keperluan harian, pertanian, dan sistem pengangkutan utama. Namun, kepentingan itu semakin dilupakan apabila sungai-sungai yang pernah menjadi nadi kehidupan manusia 'rosak' dan semakin tenat. Lihat sahaja betapa Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang kekal dalam senarai antara sungai paling tercemar di negara ini.

     Tahap pencemaran kedua-dua sungai itu menyebabkan kualiti airnya diletakkan di dalam kelas 4 (tercemar) dan kelas 5 (mati). Bahan pencemar utama di kedua-dua sungai itu adalah sisa dari kilang-kilang yang banyak terdapat di kedua-dua tebing sungai tersebut. Akibatnya, kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar sehingga mencecah ratusan juta ringgit untuk memulihkannya. Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ahmad Zaharin Aris berkata, lebih 1,000 sungai di seluruh negara dipantau secara berkala oleh Jabatan Alam Sekitar. Menurutnya, pemantauan dilakukan mengikut hari, tetapi jika sungai tersebut mempunyai loji pembersihan air untuk bekalan air penduduk, maka pemantauan akan dilakukan mengikut jam. Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk memulihkan sungai tercemar. "Jumlah itu memang besar, tetapi sebenarnya ia tidak mencukupi untuk memulihkan pencemaran sungai di seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia. Pencemaran sungai yang teruk mampu merencatkan pertumbuhan ekonomi negara memandangkan kos pemulihan sungai memakan dana yang besar. Kos bagi tujuan pemulihan sungai adalah antara RM100 juta hingga RM400 juta. Adalah lebih baik jika peruntukan yang amat besar itu digunakan untuk tujuan lain khususnya dalam menyediakan kemudahan infrastruktur untuk penduduk.


Sunday, 24 June 2012


Tujuan menghasilkan blog ini bertujuan untuk e-portfolio. Tambahan lagi, sebagai seorang pelajar, blog ini akan mengajar saya untuk memperbaiki cara penulisan saya. Selain itu, saya dapat berkongsi artikel-artikel yang berguna kepada semua:)