Sunday, 29 July 2012
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How ard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiving and understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special population). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya.Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.
* KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain.
* KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
* KECERDASAN VISUAL-RUANG
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijakmenghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.
* KECERDASAN KINESTETIK
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.
* KECERDASAN MUZIK
Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah.
* KECERDASAN INTRAPERSONAL
Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan dir i sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatanmurung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan berwawasan.
* KECERDASAN INTERPERSONAL
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.
* KECERDASAN NATURALIS
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.
Sunday, 1 July 2012
MEMELIHARA SUNGAI TERCEMAR
Setiap tahun, penduduk dunia akan menyambut Hari Alam Sekitar pada tarikh 5 Jun. Pilihan tema tahun ini adalah Pelbagai Spesies, Satu Planet, Satu Masa Depan (Many Species, One Planet, One Future). Jika disentuh tentang alam sekitar, pasti tergambar di kotak fikiran kita betapa dunia kini sarat dengan pelbagai jenis masalah dan pencemaran. Selain isu pemanasan global yang tidak henti-henti dibincangkan umum, masalah lain seperti pencemaran sungai, pencabulan hutan, jerebu dan lain-lain turut menjadi perbahasan hangat di merata dunia. Tidak terkecuali, negara kita juga dilanda aneka bentuk pencemaran yang jika tidak diatasi akan membawa padah kepada seluruh generasi. Antara pencemaran yang begitu menjejaskan alam sekitar di kawasan bandar adalah sungai tercemar. Satu ketika dahulu, sungai dikaitkan sebagai nadi kehidupan masyarakat terutama pada zaman awal pembukaan penempatan manusia. Malah, bandar purba dan sebahagian bandar moden hari ini tumbuh dan berkembang di sekitar muara-muara sungai di seluruh dunia. Misalnya, penempatan bandar pertama dunia iaitu Uruk, Erina dan Ur kira-kira 6,000 tahun lalu (4000 SM) di Mesopotamia dan Babylon dibina di lembangan sungai yang subur di Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Manakala banyak bandar-bandar utama di Malaysia hari ini berkembang di kuala-kuala sungai, misalnya Kuala Lumpur, Kuching, Kuantan dan Kuala Terengganu. Fakta itu membuktikan kepentingan sungai sudah menyerlah sejak ribuan tahun lalu sebagai sumber yang membekalkan air bagi keperluan harian, pertanian, dan sistem pengangkutan utama. Namun, kepentingan itu semakin dilupakan apabila sungai-sungai yang pernah menjadi nadi kehidupan manusia 'rosak' dan semakin tenat. Lihat sahaja betapa Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang kekal dalam senarai antara sungai paling tercemar di negara ini.
Tahap pencemaran kedua-dua sungai itu menyebabkan kualiti airnya diletakkan di dalam kelas 4 (tercemar) dan kelas 5 (mati). Bahan pencemar utama di kedua-dua sungai itu adalah sisa dari kilang-kilang yang banyak terdapat di kedua-dua tebing sungai tersebut. Akibatnya, kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar sehingga mencecah ratusan juta ringgit untuk memulihkannya. Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ahmad Zaharin Aris berkata, lebih 1,000 sungai di seluruh negara dipantau secara berkala oleh Jabatan Alam Sekitar. Menurutnya, pemantauan dilakukan mengikut hari, tetapi jika sungai tersebut mempunyai loji pembersihan air untuk bekalan air penduduk, maka pemantauan akan dilakukan mengikut jam. Katanya, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk memulihkan sungai tercemar. "Jumlah itu memang besar, tetapi sebenarnya ia tidak mencukupi untuk memulihkan pencemaran sungai di seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia. Pencemaran sungai yang teruk mampu merencatkan pertumbuhan ekonomi negara memandangkan kos pemulihan sungai memakan dana yang besar. Kos bagi tujuan pemulihan sungai adalah antara RM100 juta hingga RM400 juta. Adalah lebih baik jika peruntukan yang amat besar itu digunakan untuk tujuan lain khususnya dalam menyediakan kemudahan infrastruktur untuk penduduk.
Subscribe to:
Comments (Atom)