Model Kompetensi Emosi
Goleman (1997) EIC ialah kemampuan memotivasi diri, membina ketahanan
dalaman sehingga mampu mengatur jiwa dan kepuasan diri semasa menghadapi
cabaran dalam hidup seharian. Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba
menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang
dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ.
Kecerdasan emosi dibahagikan
oleh Goleman kepada lima komponen utama, iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk
kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompentensi sosial. Lima komponen
tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri,
mengenal emosi orang lian dan membina hubungan. Komponen pertama adalah
mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah
keadaan emosinya pada waktu itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional,
mempunyai penilaian yang realistik serta mempunyai keyakinan diri sendiri yang
kukuh. Terdapat tiga subkompetensi bagi komponen pertama ini, iaitu kesedaran
emosi, ketepatan menilai diri sendiri dan keyakinan kendiri.
Komponen yang kedua ialah
kebolehan mengatur emosi serta keupayaan menangani kehidupan dan psikologi diri
sendiri dengan lebih terkawal. Lima subkompetensi yang dikenalpasti ialah
kawalan diri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi. Menurut Goleman,
orang yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dengan
dapat menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebih berhemah dan
dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak. Selain itu, beliau juga
menegaskan bahawa peraturan emosi diri sendiri yang baik dapat membantu
seseorang mengawal perasaan kebimbangan, kemarahan dan dorongan dari melakukan
tingkah laku yang tersasar. Ia juga berkeupayaan mengembalikan emosi ke arah
yang lebih positif setelah berhadapan dengan sesuatu ujian atau halangan.
Seterusnya, komponen ketiga ialah
berkaitan dengan keupayaan untuk menggerakkan dan mendorong diri sendiri untuk
bertindak atau disebut sebagai motivasi. Terdapat empat subkompetensi yang
berkaitan iaitu dorongan, pencapaian, komitmen, insiatif dan optimisme.
Individu yang mempunyai emosi yang cerdas berupaya untuk bertindak, mengambil
insiatif dan berusaha ke arah pencapaian matlamat hidup. Kebolehan ini membantu
seseorang itu untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih maju dan berupaya
bangkit dari kegagalan. Di samping itu, komponen keempat dalam model Goleman
ialah empati iaitu keupayaan untuk memahami dan merasai apa yang orang lain
rasakan serta dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan setiap lapisan
masyarakat. Tambahan pula, kanak-kanak yang berusia dua tahun sudah mula dapat
memahami perasaan teman yang sedang menangis. Keupayaan dan kemahiransedemikian
boleh membantu seseorang mengenai perbuatan, tutur kata dan perasaan yang akan
disusuli kemudian.
Komponen kelima ialah kemahiran
sosial, iaitu melibatkan pengendalian emosi bagi mewujudkan dan membina
hubungan sosial yang baik. Kebolehan ini akan dapat membantu seseorang
berinteraksi dengan baik. Selain itu, kebolehan ini juga membolehkan seseorang
mempengaruhi dan merundingkan masalah dalam menyelesaikan sesuatu konflik.
Kemahiran sosial adalah untuk mengurus perhubungan antara perseorangan
melibatkan usaha memahami emosi dan bagaimana untuk menyesuaikannya semasa
membina perhubungan dengan orang lian. Subkompetensi yang mewakili kompetensi
ini adalah pengaruh, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkin
perubahan, menjalin ikatan, bersatu, berkerjasama, dan keupayaan berkumpulan.
Tambahan pula, Goleman juga merangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi,
iaitu dua kompetensi emosi atau personal dan dua kompetensi sosial. Empat
dimensi utama yang dikenalpasti adalah kesedaran kendiri, pengurusan kendiri,
kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Goleman juga percaya model kecerdasan
emosi yang diutarakannya merupakan satu model psikologi yang positif kerana ia
dapat membantu menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment