Pengalaman marah
Pengalaman marah yang saya pernah
lalui ketika berada di sebuah hospital. Masa tu saya pergi hospital hendak
melawat ayah sedara yang sedang sakit. Masa kat dalam wad tu keadaan macam
biasa sahaja semua orang diam, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Apabila berada di wad pengunjung sering diingatkan untuk tidak membuat bising.
Hal ini kerana untuk menjaga ketenteraman para pesakit lain. Tiba-tiba saya
dengar ada suara seorang lelaki meninggikan suaranya kepada seorang doktor. Pelbagai
kata-kata kasar dan kesat yang dilemparkan kepada doktor tersebut. Orang lain
yang berada di sekitar itu semua terkejut dengan tindakan lelaki itu, Tindakan
lelaki itu memaksa pengawal menariknya untuk keluar. Pada masa keadaan masih
dalam keadaan terkawal kerana pengawal bertindak pantas menarik lelaki tadi
keluar. Selepas pada itu saya memberanikan diri untuk mendekati doktor yang
dimarahi lelaki tadi, pada mulanya saya tidak berani untuk bertanya kepada
doktor berkenaan, Apabila ditanya doktor tersebut berkata lelaki tadi bertindak
berkenaan kerana dia tidak dapat menerima anak kesayanganya menderita kesakitan
kerana doktor terbabit tersalah memberi ubat bius. Daripada kejadian ini saya telah
mempelajari dua perkara iaitu bagaimana untuk mengahadapi situasi seperti ini
dan mempelajari untuk mengawal perasaaan marah. Sebagai seorang bakal guru
kawalan emosi sangat penting bagi mengelakan perkara-perkara yang tidak
diingini berlaku. Pada masa kini banyak berita yang kita dengar mengenai tindakan
guru yang luar dari jangkaan. Jadi kecerdasan emosi ini sangat penting bagi guru
tetapi kepada setiap manusia.
No comments:
Post a Comment